Mengukur nilai persahabatan nampak mudah tetapi
hakikatnya ia bukanlah boleh dilakukan sehari dua. Maklumlah hati
manusia berubah – ubah. Hari ini dia memang kawan kita kerana mungkin
sependapat, banyak persamaan , minat pun sama tetapi bila sudah lama
kenal baru tersua cacat cela.
Ditakdirkan kawan yang selama ini
kita anggap sangat memahami tetapi tiba-tiba berubah sikap kerana sikap
kita yang kurang menyenangkan hatinya, sanggupkah melerai ikatan
persahabatan dek kesilapan yang kadangkala cuma remeh-temeh?
Adakah
kerana menyedari bahawa kawan kita pula punya kekurangan yang
kadangkala sukar diterima akal, haruskah kita menjauhkan diri darinya.
Adakah persahabatan itu hanya boleh dibina semata-mata kerana kita
sekepala.
Sebelum menilai sejauh mana kawan yang selama ini di
anggap kawan kita itu benar-benar jujur dalam persahabatan, tanyalah
diri sejauh mana kita ikhlas bersahabat dengan orang lain.Jika kita
memang benar2 ikhlas berkawan tetapi kawan kita pula tak tahu menhargai
keikhlasan kita, memanglah hati pedih terasa.
Tetapi sekurang
kurangnya kita taklah mencemarkan nilai persahabatan dengan menguburkan
persahabatan yang dibina sekian lama semata mata silap teman yang
mungkin tak sebesar mana.
Ikhlasnya persahabatan tak ternilai
dengan benda termahal sekali pun di dunia ini….dan percayalah erti
persahatan yang paling bermakna akan hanya terbina atas keikhlasan yang
tak berbelah bagi..
Jangan hanya setakat tahu berkata kata bila
berkawan kerana kata-kata takkan bermakna jika dibiarkan kata-kata itu
begitu sahaja..tanya hati dan diri masing masing..adakah kita ikhlas
bila berkawan atau kawan hanyalah dipanggil kawan sahaja…
Chingu ~ (Testim)
19:39